minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Janganlah Kita Disandiwarakan, Teruskanlah Perjuangan

Saya amat tertarik untuk memberi sedikit pandangan kepada penulisan yang telah diutarakan oleh saudara Anak Watan mengenai isu hak keistimewaan orang melayu.

Saya berpendapat bahawa isu hak keistimewaan orang melayu adalah tidak perlu kita bincangkan pada masa ini dan kita hanya boleh memikir dan membuat perancangan awal bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut. Memanglah isu tersebut patut diberi perhatian sewajarnya kerana adalah menjadi hak bagi orang-orang melayu memperjuangkan nasibnya sendiri lebih-lebih lagi negara ini yang dikenali sebagai Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Bukanlah saya ingin menolak atau tidak setuju dengan apa yang saudara Anak Watan utarakan, tetapi didalam keadaan kita masih dalam kerajaan mahazalim segala isu-isu perkauman seperti ini tidak akan selesai selagi kerajaan mahazalim masih lagi berkuasa.

Saya prihatin dengan apa yang telah diutarakan oleh saudara Anak Watan mengenai isu hak keistimewaan orang melayu tetapi kita harus ingat bahawa yang telah menimbulkan isu seperti ini adalah pihak UMNO sendiri kerana mereka ingin membuat satu pancingan atau lebih tepat lagi sandiwara untuk menarik semula perhatian orang-orang melayu supaya kembali menyertai UMNO setelah gagal meraih undi yang menggalakan dari orang-orang melayu khususnya pada pilihanraya yang lalu. Di dalam usaha UMNO seperti ini, jelas memperlihatkan dan menyedarkan kita bahawa isu yang dibangkitkan itu adalah demi kepentingan UMNO dan bukannya secara ikhlas untuk memperjuangkan nasib dan hak keistimewaan orang melayu.

Saya yakin, bahawa kepimpinan kerajaan BA dalam menangani isu perkauman seperti ini akan membuahkan hasil jika BA diberi mandat untuk memengang tampuk pimpinan di negara ini. Saya percaya bahawa kerajaan BA tentunya memandang berat mengenai isu perkauman seperti ini. Oleh kerana kita masih lagi dijajahi oleh kerajaan UMNO dan Barisan NajissS, maka kita tidak dapat mempertikaikan isu seperti ini serta isu-isu yang lainnya. Saya yakin, walau kita memberi kerjasama kepada kerajaan BN sekalipun bagi memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu, kita tidak akan berjaya kerana itu adalah satu muslihat atau sandiwara semasa UMNO dan Barisan NajissS.

Jika UMNO ingin memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu, mengapa tidak dari dulu sejak pada mulanya MAHAZALIM memegang tahta, beliau tidak pernah memperjuangkan malah memikirkan hak keistimewaan orang melayu ? Ternyata ini adalah satu muslihat dalaman UMNO 'kununnya' hendak memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu.

Dalam membincangkan tentang isu-isu perkauman seperti ini, adalah lebih elok jika kita memikirkan dan mencari jalan bersama-sama membantu kerajaan BA untuk mungusir sebuah kerajaan yang zalim lagi menzalimkan di negara kita yang tercinta ini. Jika kita melayan atau tertipu dengan taktik BN yang sering mempermain-mainkan isu-isu seperti perkauman, pembelaan hak rakyat dan sebagainya, maka kita akan terus leka dan lalai untuk melepaskan tanahair kita daripada terus dibelengu, dijajahi oleh diktaktor tua kutok lagi mabokkk *MAHAZALIM@HAHAKURAP@MAHAKEREPOT*.

"ANAK EMAK REFORMIS MELAKA"
‘Barisan Alternatif Bukan Barisan NajissS’

"REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !"
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter